Kajian Kepustakaan - Ulasan Buku

Monday, August 16, 2010

Ulasan Buku


Tajuk buku : Formative Assessment - Responding to your student
Pengarang : Harry Grover Tuttle
Tahun terbitan : 2009
Terbitan : Eye On Education, Larchmont, NY 10538
Pengulas : Rahim bin Omar


Buku ini memperkatakan tentang penilaian formatif bermula daripada definisi, bentuk pengujian, proses, cara pengujian dijalankan dan seterusnya kepada diagnosis dan laporan. Berikut diperturunkan dapatan bacaan daripada buku ini. Berdasarkan pembacaan penulis dapati buku ini ditulis dengan kemas, memberi arahan secara terus dan penuh dengan idea-idea yang praktikal yang boleh digunakan oleh seorang guru dalam melaksanakan pengujian dan membantu guru untuk memperbaiki prestasi serta mencapai objektif pembelajaran.

Apa yang penting daripada pembacaan buku ini beberapa perkara telah dikenalpasti oleh pengulas untuk diadaptasikan dalam penghasilan tugasan dan juga kursus komputer dalam talian.

Antaranya ialah :

  • Kepentingan mengadakan ujian formatif dalam kursus moodle kepada para peserta. Melalui ini, pengulas akan memastikan beberapa ujian formatif akan diadakan bagi memperolehi dapatan pemahaman dan kebolehan peserta untuk semasa mengikuti kursus dalam talian. Ini dapat membantu mengesan tahap pemahaman dan kebolehan peserta.
  • Perlunya diadakan forum. Melalui forum, para peserta boleh bertanyakan soalan terhadap aktiviti yang kurang difahami. Soalan ini merupakan rekod dan sumber kepada pengulas untuk menambah baik kursus yang akan dijalankan
  • Rubrik perlu disediakan. Ini membantu peserta kursus untuk menghasilkan tugasan. Berdasarkan rubrik, peserta dapat menilai diri sendiri dan mengetahui tahap kemampuan yang diingin dihasilkan.
  • Mempelbagaikan aktiviti pengujian dalam kursus.
  • Perlu adakan senarai semak tugasan yang perlu dbuat oleh peserta kursus
  • Meraikan dan menghargai kejayaan peserta kursus. Sijil ataupun penghargaan dalam pelbagai bentuk media lain perlu disediakan untuk menghargai kerjasama dan kominten peserta kursus.


Bab 1 : Formative Assessment : Introduction

Bab ini menerangkan tentang definisi penilaian formatif iaitu apa yang dimaksudkan dengan ujian formatif. Pertalian antara ujian formatif dengan ujian standard. Dalam bab ini banyak diturunkan contoh-contoh perkongsian bagi mencapai objektif pembelajaran kepada guru, perkongsian bagi mencapai apa yang diharapkan dan juga pra ujian terhadap guru dalam pembelajaran lalu.

Berikut adalah beberapa pendenisian tentang ujian formatif yang diperoleh menerusi buku ini, antaranya :

  • Scriben (1967) menyatakan setiap kali anda menguji guru, anda menggunakan sama ada penilaian sumatif ataupun formatif.
  • Sadled (1998) mengatakan penilaian formatif merujuk kepada penilaian untuk menjana maklum balas bagi memperbaiki dan membantu pembelajaran guru.
  • Johnson (2005) mengatakan ujian formatif sebagai amaran awal pengujian
  • Shepard (2000) pengujian dinamik

Menurut penulis lagi, ujian formatif bukan merupakan ujian yang spesifik. Menurut Popham (2008) ujian formatif bersifat secara proses. Rajah dibawah merupakan contoh proses melaksana ujian formatif.


Fokus utama ujian formatif ialah membantu para guru untuk memahami bagaimana guru boleh memperbaiki pembelajaran mereka. Black & William, 1998; Sadler, 1998; Stiggins, 2007 dan Heritage, 2007 mencirikan sifat-sifat ujian formatif. Antaranya :

  • Pra ujian
  • Berkongsi objektif pembelajaran bersama guru
  • Berkongsi atau bekerjasama dalam kriteria pembelajaran bersama guru
  • Menghasilkan bilik darjah berkualiti dalam discourse dan persoalan
  • Menggunakan pelbagai bentuk tugasan yang mencabar yang menggalakan guru merespon
  • Menyediakan maklum balas yang membantu guru bagaimana untuk memperbaiki pembelajaran
  • Menggunakan pengujian kendiri dan secara berpasangan
  • Menyediakan guru untuk merapatkan jurang prestasi
  • Meraikan perkembangan pembelajaran


Bab 2 : Formative Assessment : Monitoring

Dalam bab ini, penulis memberikan cadangan untuk pemerhatian pembelajaran lalu berdasarkan kepada apa yang mereka lakukan, hasil tugasan dan menjawab soalan berdasarkan standard yang ditetapkan oleh guru.

Persoalan mengenai apakah bentuk pengujian formatif yang digunakan dalam memastikan proses pembelajaran guru dan bagaiman guru merekod makluman guru adalah sangat penting. Ini kerana objektif pengujian formatif adalah terhadap pencapaian pembelajaran dan objektif pembelajaran murid. Penulis menyatakan untuk memerhati guru, guru perlu berada di luar stream interaksi bilik darjah.

Menurut Butler & Munn, 2006; Hall & Burke, 2003, apabila guru memerhati atau melakukan pemantauan terhadap guru, guru akan memerhatikan apakah yang guru lakukan dalam empat bidang, iaitu :

  • Apa yang dicakap oleh pelajar
  • Perbuatan
  • Hasil kerja
  • Jawapan dalam peperiksaan

Selain dari itu, penulis juga memberikan contoh bagaimana untuk memantau murid, iaitu melalui perbincangan. Tambah penulis lagi, perbincangan mampu untuk memperlihatkan cara guru berfikir. Rajah 2 , menunjukkan kelebihan corak pertanyaan tertutup dan terbuka.


Rajah 2

Closed-ended question like :

Open-ended question like:

When did ……..?

How do you explain ……?

Who invented ……?

How well did they succeed?

What are the five steps …..?

Why did this happen?

Where is ……?

What might happen next ….?

Which is bigger?

What do you think could?


What are some possible solution to ….?


Which may be a better beginning?


Jika dilihat daripada contoh soalan yang dikemukakan antara kedua-dua jenis soalan, sudah pasti bentuk penyoalan terbuka (open-ended) adalah yang terbaik. Ini kerana bentuk penyoalan ini membenarkan guru untuk memberi pandangan dengan bebas berbanding penyoalan tertutup yang memerlukan satu sahaja jawapan.

Selain itu, penulis juga memberikan beberapa contoh pemerhatian yang boleh diguna pakai oleh guru dalam pengujian formatif. Antaranya :

  • Pertanyaan secara langsung
  • Berdialo
  • Role play
  • Hasilan murid
  • Rekod anakdot pelajar
  • Penilaian rakan
  • Kumpulan kecil, berpasangan dan penilaian kendiri


Bab 3 : Formative Assessment : Diagnosis

Dalam bab ini penulis membincangkan cara-cara untuk guru dan guru untuk menafsirkan apa yang guru mengamati sehingga mereka boleh menentukan kekuatan belajar dan jurang di antara pelajar.


Bab 4 : Formative Assessment : Feedback for Moving Forward in Student Learning

Bab ini membincangkan tentang jenis-jenis teknik maklum balas yang membenarkan guru, guru atau kumpulan guru untuk mendekatkan jurang antara mereka bagi mencapai guruan lepas dan objektif pembelajaran


Bab 5 : Formative Assessment : Student’s Improvement Based On Feedback

Bab ini memfokuskan kepada bagaimana guru boleh mendemonstrasi perkembangan pembelajaran mereka melalui maklum balas guru, rakan guru dan diri pelajar sendiri. Hal ini adalah sangat penting dalam membuktikan berlakunya peningkatan prestasi atau pembelajara pelajar.

Antara contoh yang ditunjukkan oleh penulis ialah:

  • Menggunakan senarai semak
  • Menulis jurnal kepada pendidik
  • Menyediakan analisis dan perubahan
  • Tunjukkan perubahan asas dan contoh
  • Demonstrasi perkembangan pencapaian melalui portfolio

Bab 6 : Formative Assessment : Reporting, Grading and Celebrating

Bab ini menerangkan teknik laporan kemajuan guru dari semasa ke semasa dan cara bagaimana untuk meraikan kejayaan guru.

Rajah pembelajaran pelajar

Pada peringkat ini, para pendidik dikehendaki menyemak semula milestone standard pembelajaran pelajar untuk membantu pencapaian pelajar sebagaimana rajah pembelajaran murid. Ini amat berguna untuk pelajar dan juga pendidik sendiri.

Antara lain yang dicadang oleh penulis ialah :

  • Mempamerkan kejayaan pembelajaran kelas
  • Demonstrasi peratus standard pencapaian mingguan
  • Analisis kendiri pencapaian pelajar
  • Dokumentasi rubrik
  • Ulang review secara berpasangan menerusi alat pengujian
  • Peer Review
  • Pamer Progess Carta Standard Kelas
  • Kemajuan Individu Pelajar dipamer
  • Grading Standard diguna pakai
  • Bina e-portfolio
  • Maklum pencapaian pelajar kepada ibu bapa
  • Menyediakan web base standard grading

Akhirnya penulis mencadangkan agar dibuat sambutan atau meraikan kejayaan para pelajar. Apabila pelajar merasakan kejayaan mereka akan teruja ataupun memberikan motivasi kepada mereka. Penulis memberikan beberapa contoh untuk meraikan kejayaan pelajar. Antaranya :

  • Mempamerkan graf peningkatan pelajar
  • Membina poster
  • Pamer hasilan pelajar pada papan kenyataan
  • Persembahkan pencapaiana pelajar semasa perjumpaan dengan ibu bapa

3 jurnal pentaksiran dalam talian dan ujian dalam talian

Friday, August 6, 2010

3 jurnal pentaksiran sumatif 3 jurnal pentaksiran dalam talian & ujian dalam talian

3 jurnal pentaksiran sumatif 3 jurnal pentaksiran dalam talian & ujian dalam talian

4 jurnal pentaksiran formatif / autentik / alternatif / pentaksiran berasaskan kriteria / porfolio

Ulasan/penilaian/pembentangan 15 Artikel Jurnal Ilmiah berkaitan dengan penilaian kursus–kursus komputer
  • 4 jurnal pentaksiran formatif / autentik / alternatif / pentaksiran berasaskan kriteria / porfolio
  • 3 jurnal pentaksiran sumatif 3 jurnal pentaksiran dalam talian & ujian dalam talian
  • 3 jurnal pengukuran
  • 2 jurnal berkaitan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

Tugasan Kumpulan

Friday, July 16, 2010

GE6953GE6953

Buat satu modul dalam talian baru untuk kursus komputer dengan menggunakan model ID dan seterusnya

Tugasan 3 (Pasukan):

Pembinaan Instrumen pentaksiran portfolio digital untuk satu kursus komputer dalam talian

Tugasan 4 (Pasukan):

Pembinaan Instrumen pengujian secara elektronik pre dan pos untuk satu kursus komputer dalam talian

Tugasan 5(Pasukan):

Pembinaan Instrumen penilaian modul/program secara dalalam talian keseluruhan satu kursus komputer dalam talian


Pembentukan pasukan kerja:Tugasan 3, 4, 5

  • Bina pasukan terdiri daripada 4 ahli
  • Lantik Ketua & Setiausaha
  • Bincang kursus online yang akan dijadikan anchor untuk tugasan 3,4,5
  • Bentang

Berdasarkan matlamat pentaksiran

· Bentuk Matlamat Pentaksiran bagi

· Bentang

Powered by Blogger.